Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Saturday, August 1, 2009

I nilah S ebenarnya A nwar

Kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mahsuhkan ISA (GMI) berkumpul di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu yang dinaungi oleh parti pembangkang Dasar Angkara Pengkhianat,PAS dan tok dalangnya Anwar yang hanya ingin menghantar memorandum MANSUHKAN ISA pada istana negara.

Jika kita perhatikan cara Anwar hendak memusnahkan negara adalah dengan membuat demontrasi.Sewaktu Anwar dalam kerajaan Barisan Nasional,kejadian ini tidak berlaku sama sekali sehinggalah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad memecat beliau atas kesalahan liwat ( Allauhuallam adalah perkara itu benar atau salah,hanya beliau dan Yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya).

Sebenarnya,Tun Dr Mahathir tidak berpuashati disebabkan sewaktu kegawatan ekonomi pada tahun 1998.Anwar telah meletakkan kroni-kroninya di dalam syarikat perbankan,media TV dan surat khabar serta syarikat strategik milik negara.Malah beliau telah menaikkan kadar faedah sehingga 15% yang kononnya untuk mengerakkan ekonomi negara walhalnya beliau ingin memufliskan negara supaya dia dapat membuat pinjaman dari IMF yang dikuasai oleh rakan baiknya yang berbangsa yahudi.

Petikan dari Utusan Malaysia 03.09.1998

Kronologi membawa kepada pelucutan semua jawatan

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Soal hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula diperkatakan pada tahun 1995 lagi.

Ketika itu banyak anggapan menyatakan kononnya Anwar akan mencabar Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tahun berikutnya.

Keadaan itu 'memaksa' Dr. Mahathir pada bulan September tahun yang sama membuat kenyataan bahawa tidak wujud perselisihan faham sesama mereka.

Sambil menyifatkan anggapan itu dibuat oleh orang yang bankrap idea, Dr. Mahathir menegaskan UMNO berpegang kepada tradisi iaitu Timbalan Presiden akan mengambil alih jawatan nombor satu parti apabila tiba masanya.

Ketika itu, Anwar menyatakan sokongan beliau kepada Presiden tidak perlu dipersoalkan.

Perhimpunan Agung UMNO 1996 bagaimanapun berlalu dengan Anwar sekadar mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Tetapi soal hubungannya dengan Dr. Mahathir terus diperkatakan khususnya oleh media Barat mengaitkannya dengan jawatan tertinggi UMNO.

Tidak kurang pula yang mengaitkan hubungan 'regu utama' pemimpin kerajaan dan UMNO itu dengan jawatan dan tugas Anwar sebagai Menteri Kewangan khususnya ketika negara mula dilanda krisis mata wang dan kegawatan ekonomi sejak Julai tahun lalu.

* 20 September 1995 - Dr. Mahathir menjelaskan tidak wujud perselisihan faham di antara beliau dengan Anwar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

* 6 Ogos 1996 - Dr. Mahathir berkata akibat terlalu banyak teori konspirasi mengenai hubungannya dengan Anwar, telah timbul pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan dalam UMNO.

* 20 November 1996 - Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggotai semula UMNO menyatakan beliau tidak mempunyai rancangan untuk mencabar Anwar selaku Timbalan Presiden UMNO.

* 22 November 1996 - Dr. Mahathir menyatakan sokongan penuh kepada Anwar sebagai penggantinya.

* 24 November 1996 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertikaian mengenai siapa yang akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak harus timbul, jika pemimpin dan ahli UMNO menghormati hierarki dalam parti.

* 25 November 1996 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Pemuda memberi amaran kepada kembiri termasuk media asing supaya tidak membuat spekulasi mengenai hubungan baik Dr. Mahathir dan Anwar.

* 19 Mei 1997 - Anwar memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan mulai hari ini kerana Dr. Mahathir bercuti.

* 25 Ogos 1997 - Dr. Mahathir berkata, dakwaan kononnya Anwar terbabit dalam skandal seks merupakan fitnah yang bermotifkan politik.

* 26 Ogos 1997 - Anwar mendedahkan bahawa beberapa surat tohmahan terhadapnya diedarkan kebelakangan ini dalam usaha yang terancang, teratur dan teliti bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

* 7 September 1997 - Pada Perhimpunan Agung UMNO, Dr. Mahathir menangkis segala tohmahan yang bertujuan merosakkan imej Anwar yang bakal menggantikannya.

* 17 Jun 1998 - Anwar memperoleh perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

* 18 Jun 1998 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan pergerakan itu mendesak unsur nepotisme dan kronisme dalam kerajaan dihapuskan.

* 20 dan 21 Jun 1998 - Senarai nama syarikat dan individu yang mendapat saham dan projek kerajaan diedarkan kepada para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

* 21 Jun 1998 - Dr. Mahathir dalam ucapan penggulungan pada perhimpunan itu menegaskan, tiada amalan nepotisme wujud sebagaimana didakwa dan secara terbuka menyebut nama Ahmad Zahid antara mereka yang terdapat dalam senarai tersebut.

* 7 Ogos 1998 - Anwar menyifatkan spekulasi kononnya beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan sebagai 'tidak berasas'. Katanya, beliau masih bertanggungjawab penuh di Kementerian Kewangan.

* 22 Ogos 1998 - Dr. Mahathir menyatakan di Kota Bharu bahawa terdapat usaha pihak asing untuk menumbangkan kerajaan dengan menggantikannya dengan Timbalannya, Anwar tetapi 'beliau bernasib baik kerana cubaan itu gagal'.

* 24 Ogos 1998 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya mengekalkan perpaduan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti hanya mempunyai seorang 'jeneral'.

* 25 Ogos 1998 - Anwar mendedahkan beberapa surat tohmahan terhadapnya sebagai usaha yang 'terancang, teratur dan teliti' bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

* 31 Ogos 1998 - Anwar menafikan khabar angin buat kali ketiga dalam tempoh sebulan kononnya beliau mengemukakan surat peletakan jawatan.

* 1 September 1998 - Dr. Mahathir berkata beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh.

* 2 September 1998 - Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Bermula pada 03.09.1998,bermulalah kembali rancangan demontrasi dari Anwar untuk menyusahkan rakyat jelata yang lain disebabkan beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri.Demontrasi tersebut dilakukan bagi meminta simpati dari rakyat yang tidak mengetahui rancangan beliau yang sebenarnya.


Apa yang paling sedihnya,pemuda-pemudi negara telah diracuni untuk memgikuti agenda Anwar tanpa disedari.Setiap pemimpin ada kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri.Selama 25 tahun Tun Dr Mahathir memerintah,ada kelemahan yang beliau buat tapi apa yang penting sekali..rakyat dapat hidup dengan aman dan bekerja dengan selesa.

TETAPI,pabila Anwar jadi pembangkang..bermulalah episod ngeri negara Malaysia dimana saban waktu rakyat membuat protes alasan ANWAR...pasal ANWAR.. hingga kini mengenai ANWAR..

Bila demontrasi diadakan,pihak peniaga kebanyakan berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM khususnya dijalan TAR,Masjid India dan Tun Perak terpaksa menutup perniagaan mereka kerana para demontrasi ini telah merusuh dan ini telah menyebabkan kerugian besar pada mereka.

Kononnya atas nama demokrasi dan penganiayaan,mereka merusuh dijalan.Walhalnya mereka yang telah melakukan aniaya pada pada rakyat jelata khasnya peniaga - peniaga yang tidak terlibat dalam agenda politik mereka.

Cukuplah agenda anda ANWAR,kami ingin hidup dalam aman damai dan dapat mencari rezeki untuk anak isteri kami.Walaupun anda pernah dipenjarakan,anda masih lagi mampu memiliki kereta mewah,rumah banglo dan menjadi ahli PARLIMEN.Tapi,kami terpaksa bermula semula dari bawah bila rakan-rakan anda merusuh dan memusnahkan harta benda kami.

Kami tidak mahu menjadi rakyat indonesia yang saban hari membuat demontrasi dari tuntutan jalan baru,sistem pengangkutan dan tuntutan yang tidak munasabah sehingga para pelajar sekolah rendah pun terlibat sama dalam amalan ini.Apa sudah jadi dengan ekonomi negara Indonesia kalau rakyatnya asyik demontrasi?

Kami tidak mahu ekonomi negara ini runtuh seperti runtuhnya impian anda ingin menjadi Perdana Menteri.Biarlah anda menyusahkan diri anda sendiri dari menyusahkan rakyat yang lain.


2 comments:

  1. Oh... Macam tu sebenarnya :-)










    Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
    Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
    ;-)
    >>> Blog 1 Malaysia <<<

    ReplyDelete
  2. Salam hormat dan rahayu

    Negara akan aman dan makmur sekiranya semua pemimpin bersifat Rasulullah iaitu amanah, benar, menyampaikan, dan bijaksana.

    usahlah kita mudah terpengaruh dalam apa jua isu, kita perlu teliti. Bab kata orang tua, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu.Justeru ikut iman pasti aman.

    Aman diri, aman keluarga.Aman keluarga, aman masyarakat. Aman masyarakat, amanlah negara.

    salam bicara
    Bicarawahyu.

    ReplyDelete