Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Saturday, August 1, 2009

I nilah S ebenarnya A nwar

Kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mahsuhkan ISA (GMI) berkumpul di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.Dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu yang dinaungi oleh parti pembangkang Dasar Angkara Pengkhianat,PAS dan tok dalangnya Anwar yang hanya ingin menghantar memorandum MANSUHKAN ISA pada istana negara.

Jika kita perhatikan cara Anwar hendak memusnahkan negara adalah dengan membuat demontrasi.Sewaktu Anwar dalam kerajaan Barisan Nasional,kejadian ini tidak berlaku sama sekali sehinggalah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad memecat beliau atas kesalahan liwat ( Allauhuallam adalah perkara itu benar atau salah,hanya beliau dan Yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya).

Sebenarnya,Tun Dr Mahathir tidak berpuashati disebabkan sewaktu kegawatan ekonomi pada tahun 1998.Anwar telah meletakkan kroni-kroninya di dalam syarikat perbankan,media TV dan surat khabar serta syarikat strategik milik negara.Malah beliau telah menaikkan kadar faedah sehingga 15% yang kononnya untuk mengerakkan ekonomi negara walhalnya beliau ingin memufliskan negara supaya dia dapat membuat pinjaman dari IMF yang dikuasai oleh rakan baiknya yang berbangsa yahudi.

Petikan dari Utusan Malaysia 03.09.1998

Kronologi membawa kepada pelucutan semua jawatan

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Soal hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula diperkatakan pada tahun 1995 lagi.

Ketika itu banyak anggapan menyatakan kononnya Anwar akan mencabar Dr. Mahathir bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan tahun berikutnya.

Keadaan itu 'memaksa' Dr. Mahathir pada bulan September tahun yang sama membuat kenyataan bahawa tidak wujud perselisihan faham sesama mereka.

Sambil menyifatkan anggapan itu dibuat oleh orang yang bankrap idea, Dr. Mahathir menegaskan UMNO berpegang kepada tradisi iaitu Timbalan Presiden akan mengambil alih jawatan nombor satu parti apabila tiba masanya.

Ketika itu, Anwar menyatakan sokongan beliau kepada Presiden tidak perlu dipersoalkan.

Perhimpunan Agung UMNO 1996 bagaimanapun berlalu dengan Anwar sekadar mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Tetapi soal hubungannya dengan Dr. Mahathir terus diperkatakan khususnya oleh media Barat mengaitkannya dengan jawatan tertinggi UMNO.

Tidak kurang pula yang mengaitkan hubungan 'regu utama' pemimpin kerajaan dan UMNO itu dengan jawatan dan tugas Anwar sebagai Menteri Kewangan khususnya ketika negara mula dilanda krisis mata wang dan kegawatan ekonomi sejak Julai tahun lalu.

* 20 September 1995 - Dr. Mahathir menjelaskan tidak wujud perselisihan faham di antara beliau dengan Anwar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

* 6 Ogos 1996 - Dr. Mahathir berkata akibat terlalu banyak teori konspirasi mengenai hubungannya dengan Anwar, telah timbul pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan dalam UMNO.

* 20 November 1996 - Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggotai semula UMNO menyatakan beliau tidak mempunyai rancangan untuk mencabar Anwar selaku Timbalan Presiden UMNO.

* 22 November 1996 - Dr. Mahathir menyatakan sokongan penuh kepada Anwar sebagai penggantinya.

* 24 November 1996 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertikaian mengenai siapa yang akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak harus timbul, jika pemimpin dan ahli UMNO menghormati hierarki dalam parti.

* 25 November 1996 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata Pemuda memberi amaran kepada kembiri termasuk media asing supaya tidak membuat spekulasi mengenai hubungan baik Dr. Mahathir dan Anwar.

* 19 Mei 1997 - Anwar memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan mulai hari ini kerana Dr. Mahathir bercuti.

* 25 Ogos 1997 - Dr. Mahathir berkata, dakwaan kononnya Anwar terbabit dalam skandal seks merupakan fitnah yang bermotifkan politik.

* 26 Ogos 1997 - Anwar mendedahkan bahawa beberapa surat tohmahan terhadapnya diedarkan kebelakangan ini dalam usaha yang terancang, teratur dan teliti bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

* 7 September 1997 - Pada Perhimpunan Agung UMNO, Dr. Mahathir menangkis segala tohmahan yang bertujuan merosakkan imej Anwar yang bakal menggantikannya.

* 17 Jun 1998 - Anwar memperoleh perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

* 18 Jun 1998 - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan pergerakan itu mendesak unsur nepotisme dan kronisme dalam kerajaan dihapuskan.

* 20 dan 21 Jun 1998 - Senarai nama syarikat dan individu yang mendapat saham dan projek kerajaan diedarkan kepada para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

* 21 Jun 1998 - Dr. Mahathir dalam ucapan penggulungan pada perhimpunan itu menegaskan, tiada amalan nepotisme wujud sebagaimana didakwa dan secara terbuka menyebut nama Ahmad Zahid antara mereka yang terdapat dalam senarai tersebut.

* 7 Ogos 1998 - Anwar menyifatkan spekulasi kononnya beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan sebagai 'tidak berasas'. Katanya, beliau masih bertanggungjawab penuh di Kementerian Kewangan.

* 22 Ogos 1998 - Dr. Mahathir menyatakan di Kota Bharu bahawa terdapat usaha pihak asing untuk menumbangkan kerajaan dengan menggantikannya dengan Timbalannya, Anwar tetapi 'beliau bernasib baik kerana cubaan itu gagal'.

* 24 Ogos 1998 - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya mengekalkan perpaduan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti hanya mempunyai seorang 'jeneral'.

* 25 Ogos 1998 - Anwar mendedahkan beberapa surat tohmahan terhadapnya sebagai usaha yang 'terancang, teratur dan teliti' bagi tujuan memendekkan kerjaya politiknya.

* 31 Ogos 1998 - Anwar menafikan khabar angin buat kali ketiga dalam tempoh sebulan kononnya beliau mengemukakan surat peletakan jawatan.

* 1 September 1998 - Dr. Mahathir berkata beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh.

* 2 September 1998 - Anwar dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Bermula pada 03.09.1998,bermulalah kembali rancangan demontrasi dari Anwar untuk menyusahkan rakyat jelata yang lain disebabkan beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri.Demontrasi tersebut dilakukan bagi meminta simpati dari rakyat yang tidak mengetahui rancangan beliau yang sebenarnya.


Apa yang paling sedihnya,pemuda-pemudi negara telah diracuni untuk memgikuti agenda Anwar tanpa disedari.Setiap pemimpin ada kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri.Selama 25 tahun Tun Dr Mahathir memerintah,ada kelemahan yang beliau buat tapi apa yang penting sekali..rakyat dapat hidup dengan aman dan bekerja dengan selesa.

TETAPI,pabila Anwar jadi pembangkang..bermulalah episod ngeri negara Malaysia dimana saban waktu rakyat membuat protes alasan ANWAR...pasal ANWAR.. hingga kini mengenai ANWAR..

Bila demontrasi diadakan,pihak peniaga kebanyakan berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM khususnya dijalan TAR,Masjid India dan Tun Perak terpaksa menutup perniagaan mereka kerana para demontrasi ini telah merusuh dan ini telah menyebabkan kerugian besar pada mereka.

Kononnya atas nama demokrasi dan penganiayaan,mereka merusuh dijalan.Walhalnya mereka yang telah melakukan aniaya pada pada rakyat jelata khasnya peniaga - peniaga yang tidak terlibat dalam agenda politik mereka.

Cukuplah agenda anda ANWAR,kami ingin hidup dalam aman damai dan dapat mencari rezeki untuk anak isteri kami.Walaupun anda pernah dipenjarakan,anda masih lagi mampu memiliki kereta mewah,rumah banglo dan menjadi ahli PARLIMEN.Tapi,kami terpaksa bermula semula dari bawah bila rakan-rakan anda merusuh dan memusnahkan harta benda kami.

Kami tidak mahu menjadi rakyat indonesia yang saban hari membuat demontrasi dari tuntutan jalan baru,sistem pengangkutan dan tuntutan yang tidak munasabah sehingga para pelajar sekolah rendah pun terlibat sama dalam amalan ini.Apa sudah jadi dengan ekonomi negara Indonesia kalau rakyatnya asyik demontrasi?

Kami tidak mahu ekonomi negara ini runtuh seperti runtuhnya impian anda ingin menjadi Perdana Menteri.Biarlah anda menyusahkan diri anda sendiri dari menyusahkan rakyat yang lain.


Tuesday, July 28, 2009

Nasib Melayu di bumi Melayu

RENUNGAN BERSAMA - SAMA

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Tuesday, July 21, 2009

Dasar Angkara Pengkhianat

KECOH! satu tanah MELAYU pasal matinya Teoh Beng Hock.Tak semena - mena isu sebenar iaitu dakwaan penyalahgunaan dana peruntukan wakil rakyat di Selangor hampir tenggelam.Memang pandai ahli pembangkang mengalih perhatian supaya mendapat simpati dari rakyat tapi kami tidak mudah tertipu dengan lakonan kaku dari pihak PEROSAK RAKYAT.

Ini semua adalah konspirasi dari Dasar Angkara Pengkhianat yang selama ini mendukung dasar "PECAH dan BARAI" yang menipu hidup-hidup orang MELAYU khasnya ahli PAS dan PKR.

Dalam tahum pertama selepas pihak PEROSAK RAKYAT memerintah?

Apa mereka buat?

Menghuru-harakan tanah MELAYU adalah agenda mereka.

Kisah - kisah sedih di negeri bawah kerajaan PEROSAK RAKYAT diungkap satu demi satu yang mana mereka tidak mampu menyelesaikan dengan memberi ceramah -ceramah politik yang tidak dapat memberi kesenangan kepada rakyat tanah MELAYU.

AKHIRnya,rakyat tahu yang mereka hanya pandai bermain dengan kata-kata iaitu menyalahkan orang lain.

Untuk PRU yang akan datang,SOKONG LAH mereka supaya rakyat di tanah MELAYU ini berkelana macam rakyat ROHINGYA.Menjadi pelarian ditanah sendiri.

Baru setahun lebih memerintah,dana peruntukan untuk rakyat disonglapnya.Itu baru dalam negeri.Kalau dapat memerintah tanah MELAYU jadi MUFLIS lah negara ini.

Selagi PEROSAK RAKYAT bermaharajalela di tanah MELAYU,hilanglah keharmonian yang kita alami sejak dahulu lagi.

TIGA kepala pendukung PEROSAK RAKYAT ada cita masing-masing.Cuba kita lihat di negara IRAQ sekarang sebelum kejatuhan SADDAM HUSSEIN.Negara negara pakatan YAHUDI berlumba-lumba mencuba membuat senjata pemusnah yang tercanggih dan yang menjadi sasarannya adalah orang pribumi atau dalam bahasa mudah orang ISLAM.

Mengapa mereka perlu membuat ujikaji di tanah negara ISLAM?Mengapa mereka tidak membuat ujikaji di tanah negara mereka sendiri.Sebabnya,hendak memusnahkan negara ISLAM.


Perihal yang paling dekat sekali,kita cuba tengok negara Thailand..kerana rakyatnya terlalu cintakan DEMOKRASI,negara tersebut tidak habis - habis dengan berpiket dan bom.Begitu juga dengan SINGAPURA,tanah orang MELAYU yang bangsanya menjadi manoriti di tanah air sendiri.

Siapa yang berkuasa?Sendiri mahu ingatlah!!!

Monday, July 13, 2009

Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

Ketika hendak ke tempat kerja,sempatlah koi buka siaran Salam Pantai Timur ( jadi pendengar dari Pahang,Terengganu & Kelantan ) dapat mendengar siaran ini .DJ THR mendapat panggilan dari RAKYAT Pasir Mas mengadu pasal jalanraya kat kampung dia dah lama tak berturap siap berlubang lagi.Jadi dia nak minta jasa baik pihak kerajaan negeri,tolong minta turapkan jalan sebab dah nazak sangat.Menurut beliau,kali terakhir jalan ke kampung beliau diturap sewaktu pemerintahan kerajaan BN sebelum tumbang pada PAS.

Agak - agak dah berapa tahun jalan tersebut terbiar?

Itulah REALITI di Pasir Mas..banyak lagi seangkatan masalah itu berlaku di tempat lain.Inilah padahnya,jika tiada perpaduan diantara orang MELAYU.

Pihak yang berkuasa ( RAKYAT ) sewaktu memangkah ketika pilihanraya umum pun tidak mampu mengubah apa-apa.Jadi,bila dah terdesak/tersepit baru lah nak mengadu pada kerajaan negeri.

MASALAHnya,kerajaan negeri tak mampu.

1.Rakyat negeri mana yang paling ramai berHIJRAH ke KL?
2.Rakyat negeri mana yang paling ramai berjawatan besar dalam kerajaan?
3.Rakyat negeri mana yang paling ramai pendidik dalam intituisi pendidikan negara?
4.Rakyat negeri mana yang paling ramai dalam syarikat berkaitan kerajaan?

dan pelbagai soalan lagi

Tidak salah kalau nak berceramah sekalipun,selagi ada ilmu didada...salurlah pada yang perlu.Tapi,kalau nak memuaskan naluri politik bertopengkan ISLAM.Itu masalah yang paling besar.Inilah jadinya,rakyat juga yang susah.Sebelum berceramah,cuba muhasabah diri dalam - dalam sebelum kritik orang lain.

Kebanyakan ceramah politik,penuh dengan kata-kata nista,memburukkan orang lain dan membuat fitnah sesama MELAYU.Yang bertepuk tangan dan bergelak ketawa orang MELAYU jugak..koi tak kisah kalau bangsa lain yang buat begitu sebab mereka nak tengok orang-orang MELAYU bercakaran dan tidak bersatu padu.Supaya senang lah mereka nak "take over" tanah MELAYU.

Perancangan mereka bukan setahun dua tapi bermula sebelum tanah MELAYU merdeka dari pihak Inggeris.Kalau pihak Inggeris membuat dasar "PECAH dan PERINTAH" terhadap orang MELAYU tapi mereka membuat "PECAH dan BARAI".

Mengapa UMNO ditubuhkan?Untuk siapa mereka perjuangkan?

Mengapa PAS ditubuhkan?Untuk siapa mereka perjuangkan?

Mengapa keADILAN ditubuhkan?Untuk siapa mereka perjuangkan?

Nanti koi tuliskan dasar ini dalam artikel akan datang.

Saturday, July 4, 2009

Melayu Oh meLAYU

Melayu sesama meLAYU bersengketa.
Masing-masing menegakkan benang yang sememangnya telah basah.Tapi tidak mahu mengakuinya kerana keegoan yang tinggi.Segala luar dan dalam sebuah rumahtangga diketahui oleh jiran tetangga.

Melayu sesama meLAYU
Tiga parti politik TERBESAR MALAYsia berlainan agenda.Satu berpaksi untuk membantu orang-orang MELAYU,Satu ingin menegakkan sebuah negara ISLAM dan Satu beraliran sosialis yang radikal.

Melayu sesama meLAYU
Bangsa lain dalam MALAYsia pun boleh bersatu untuk mendapatkan apa yang mereka hendaki.Tapi,bangsa kita sanggup berpecah kerana ingin memiliki kuasa yang tidak kekal.

Melayu sesama meLAYU
Kita akan dijajah jika tidak berubah.PERPADUAN itu penting untuk kesenangan anak cucu kita bernama MELAYU.Jika tidak,merempatlah mereka di tanah MELAYU.

Melayu sesama meLAYU
Adakah bangsa kita akan terus meLAYU.Berfikirlah sejenak untuk apa kita bersengketa.Bangsa lain bertepuk tangan atas sengketa kita.Apa yang pasti,kita tetap bernama MELAYU

Thursday, July 2, 2009

melayu mudah LUPA

Mantan Perdana Menteri yang ke 4,Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mendeklamasikan sajak "MELAYU MUDAH LUPA " di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun 2001

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah!
Ingatlah!
Ingatlah!
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.


Tapi,kita masih juga melupai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh setiap ahli keluarga kita dalam membina sebuah negara bernama "Tanah MELAYU".Dengan senang dan diredhai oleh bangsa MELAYU sendiri,kita menodai amanat yang diamanah..

Sunday, June 28, 2009

Tak Melayu Hilang Di Dunia

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA



Itulah sumpah dari LAKSAMANA HANG TUAH


Seorang pahlawan lagenda berbangsa MELAYU sewaktu pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.


Tapi,adakah kata - kata keramat itu relevan pada masa kini.


Bangsa MELAYU iaitu satu bangsa yang ketika dulu sentiasa mempertahankan maruah,bangsa,agama dan negara.


Tapi,itu semua telah hilang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari atau sememangnya kita telah sedar ( buat - buat tak tahu ).


Adakah bangsa kita ada maruah lagi?


Bangsa MELAYU akan rasa tercabar bila bangsa atau penduduk di Malaysia mempertikaikan keistimewaan bangsa MELAYU.


Tapi,apa telah kita buat?


Di satu belah pihak dengan terang-terang menyokong menghapuskan keistimewaan bangsa MELAYU atas nama POLITIK dunia.Bersama-sama berganding bahu diatas pentas ceramah POLITIK menidak dan mempertikaikan keistimewa bangsa MELAYU sejak dimaktub dalam perlembagaan.Semata-mata ingin mencapai cita-cita politik.

Siapa yang RUGI?

Bangsa MELAYU yang pasti rugi.Bangsa yang akhirnya terpaksa mengemis di tanahair sendiri.Itulah yang kita sedang buat.

BANGUNLAH BANGSA MELAYU!

JANGANLAH KITA BERCAKARAN ATAS NAMA AGENDA POLITIK

MARILAH KITA BERSATU,BERGANDING BAHU atas nama bangsa MELAYU dan ISLAM.