Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Thursday, July 2, 2009

melayu mudah LUPA

Mantan Perdana Menteri yang ke 4,Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mendeklamasikan sajak "MELAYU MUDAH LUPA " di akhir ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun 2001

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah!
Ingatlah!
Ingatlah!
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.


Tapi,kita masih juga melupai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh setiap ahli keluarga kita dalam membina sebuah negara bernama "Tanah MELAYU".Dengan senang dan diredhai oleh bangsa MELAYU sendiri,kita menodai amanat yang diamanah..

No comments:

Post a Comment