Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Saturday, July 4, 2009

Melayu Oh meLAYU

Melayu sesama meLAYU bersengketa.
Masing-masing menegakkan benang yang sememangnya telah basah.Tapi tidak mahu mengakuinya kerana keegoan yang tinggi.Segala luar dan dalam sebuah rumahtangga diketahui oleh jiran tetangga.

Melayu sesama meLAYU
Tiga parti politik TERBESAR MALAYsia berlainan agenda.Satu berpaksi untuk membantu orang-orang MELAYU,Satu ingin menegakkan sebuah negara ISLAM dan Satu beraliran sosialis yang radikal.

Melayu sesama meLAYU
Bangsa lain dalam MALAYsia pun boleh bersatu untuk mendapatkan apa yang mereka hendaki.Tapi,bangsa kita sanggup berpecah kerana ingin memiliki kuasa yang tidak kekal.

Melayu sesama meLAYU
Kita akan dijajah jika tidak berubah.PERPADUAN itu penting untuk kesenangan anak cucu kita bernama MELAYU.Jika tidak,merempatlah mereka di tanah MELAYU.

Melayu sesama meLAYU
Adakah bangsa kita akan terus meLAYU.Berfikirlah sejenak untuk apa kita bersengketa.Bangsa lain bertepuk tangan atas sengketa kita.Apa yang pasti,kita tetap bernama MELAYU

No comments:

Post a Comment