Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Monday, July 13, 2009

Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

Ketika hendak ke tempat kerja,sempatlah koi buka siaran Salam Pantai Timur ( jadi pendengar dari Pahang,Terengganu & Kelantan ) dapat mendengar siaran ini .DJ THR mendapat panggilan dari RAKYAT Pasir Mas mengadu pasal jalanraya kat kampung dia dah lama tak berturap siap berlubang lagi.Jadi dia nak minta jasa baik pihak kerajaan negeri,tolong minta turapkan jalan sebab dah nazak sangat.Menurut beliau,kali terakhir jalan ke kampung beliau diturap sewaktu pemerintahan kerajaan BN sebelum tumbang pada PAS.

Agak - agak dah berapa tahun jalan tersebut terbiar?

Itulah REALITI di Pasir Mas..banyak lagi seangkatan masalah itu berlaku di tempat lain.Inilah padahnya,jika tiada perpaduan diantara orang MELAYU.

Pihak yang berkuasa ( RAKYAT ) sewaktu memangkah ketika pilihanraya umum pun tidak mampu mengubah apa-apa.Jadi,bila dah terdesak/tersepit baru lah nak mengadu pada kerajaan negeri.

MASALAHnya,kerajaan negeri tak mampu.

1.Rakyat negeri mana yang paling ramai berHIJRAH ke KL?
2.Rakyat negeri mana yang paling ramai berjawatan besar dalam kerajaan?
3.Rakyat negeri mana yang paling ramai pendidik dalam intituisi pendidikan negara?
4.Rakyat negeri mana yang paling ramai dalam syarikat berkaitan kerajaan?

dan pelbagai soalan lagi

Tidak salah kalau nak berceramah sekalipun,selagi ada ilmu didada...salurlah pada yang perlu.Tapi,kalau nak memuaskan naluri politik bertopengkan ISLAM.Itu masalah yang paling besar.Inilah jadinya,rakyat juga yang susah.Sebelum berceramah,cuba muhasabah diri dalam - dalam sebelum kritik orang lain.

Kebanyakan ceramah politik,penuh dengan kata-kata nista,memburukkan orang lain dan membuat fitnah sesama MELAYU.Yang bertepuk tangan dan bergelak ketawa orang MELAYU jugak..koi tak kisah kalau bangsa lain yang buat begitu sebab mereka nak tengok orang-orang MELAYU bercakaran dan tidak bersatu padu.Supaya senang lah mereka nak "take over" tanah MELAYU.

Perancangan mereka bukan setahun dua tapi bermula sebelum tanah MELAYU merdeka dari pihak Inggeris.Kalau pihak Inggeris membuat dasar "PECAH dan PERINTAH" terhadap orang MELAYU tapi mereka membuat "PECAH dan BARAI".

Mengapa UMNO ditubuhkan?Untuk siapa mereka perjuangkan?

Mengapa PAS ditubuhkan?Untuk siapa mereka perjuangkan?

Mengapa keADILAN ditubuhkan?Untuk siapa mereka perjuangkan?

Nanti koi tuliskan dasar ini dalam artikel akan datang.

No comments:

Post a Comment